Oct 19, 2012

Kerja Di Rumah?

Ok, setelah sekian lama aku tak berblogging,rasanya adalah dekat 2 tahun, ini kali pertama untuk tahun 2012 yang bakal nak masuk 2013 dah ni, haha.

Tujuan aku log in balik blog aku yang berkarat ni sebab jobdirumah. Mula mula aku pun waswas nak mencuba ni, almaklum lah, sekarang ni tipu menipu secara virtual ni kan banyak, tapi itu lah, aku ni duit ade tak ade je, dah nama pun student lagi kan? Lepas tu gf aku cakap, "cuba tengok je dulu web tu, mane tahu ok ke?", aku pun tengok lah, lepas dah baca baca baca semua, terdetik dekat dalam hati aku ni, " apakata aku cuba je? rm50 je kot, kena tipu, bukan rezeki aku, kalau betul, alhamdulillah lah kan?".

Esoknye, aku terus pergi Maybank, sebab kad bank aku ni kad lama, hehe. Lepas dah settle semua, dapat lah aku debit card Maybank (: aku terus bank in RM50 ke no akaun yang tertera di dalam website jobdirumah ni iaitu 562254501140 (Kliks Solution). Dalam hati aku ni,"REDHA AJE LAH" haha & dalam hari itu juga, aku dapat sms yang mengandungi username dan password untuk aku log in di dalam website jobdirumah ini. Selepas itu aku baca satu persatu, dari A to Z lah senang cerita, aku siap tengok lagi semua testimoni, review pasal web ni, semua blog yang web ni letak, dan sedikit sebanyak, ini meyakinkan aku bahawa benda ini betul, bukan main2!

After that, haha eceh, tetiba speaking pule. Ok, selepas itu aku terus sign in Paypal kerana ini salah satu syarat untuk bekerja secara online di jobdirumah (: Aku menulis blog ini pun sebab ini dikira sebagai tugasan pertama aku selepas mendaftar di jobdirumah ini. (well, tugasan yang ini aku rasa optional je, nak buat, buat, taknak buat, takperlu pun buat).

Pendapat keseluruhan aku pula tentang jobdirumah ialah ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan sampingan untuk menampung kos hidup yang sekarang ini semakin lama semakin tinggi dan sebelum aku mengakhiri coretan ini, aku nak bagitahu syarat untuk bekerja di jobdirumah, senang jee, ada akses ke Internet! hehe :D